Selasa, 26 Maret 2013

takziah dan muhasabah

MUHASABAH DAN TA’ZIAH
 I.      MUHASABAH

A.    Pengertian Muhasabah
Menurut Para Ahli Muhasabah Adalah
1.      Menurut Ibnu Qudamah Berkata:
“Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat.”
2.      Menurut Ibnul Qaiyim pula Berkata:
“Muhasabah ialah membedakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali.”[1]
Berdasarkan pendapat para ahli di atas maka menurut pemakalah, muhasabah adalah : evaluasi diri dan meningkatkan kualitas diri dengan selalu mengambil hikmah dari setiap sesuatu yang terjadi dalam diri kita.
Dalil-dalil yang menyuruh melakukan muhasabah diri terdapat di dalam Al-Quran, Hadits dan kata-kata Salafusoleh.
Firman Allah SWT QS. Al-Hasyr:18:
Artinya: “ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Ayat di atas memerintahkan mukminin agar bertakwa kepada Allah Taala dan sentiasa memerhati dan mengawasi amal perbuatan mereka agar tidak menyalahi perintah Allah Taala. Setiap jiwa “diarahkan oleh Allah Taala agar memerhati amalannya untuk masa depan, sama ada baik atau jahat. Arahan itu merupakan amaran bahawa amalan yang dilakukannya itu akan dihitung sama ada baik atau jahat.
Tujuan pemerhatian ini  ialah agar seseorang itu membuat persediaan yang sempurna untuk menghadapi hari yang dijanjikan dan mengemukakan amalan yang boleh menyelamatkannya dari azab seksa Allah Taala serta memutihkan wajahnya di hadapan Allah SWT.
Seorang mukmin memuhasabah dirinya tentang perlakuan yang telah dilakukannya. Kata Umar al-Khattab: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung”. Dia mesti bersungguh-sungguh melakukan muhasabah itu kerana Allah Taala sentiasa melihat dan memerhati gerak gerinya.
Sebaliknya, seorang yang tidak beriman tidak memuhasabah diri. Dia mementingkan penampilan di hadapan manusia. Dia takutkan manusia, tetapi tidak takutkan Allah SWT
Sesuai dengan firman Allah dalam Surah an-Nisa’:108 :  
Artinya: Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, Padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redlai. dan adalah Allah Maha meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan.
Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.
Ibnu Kathir berkata dalam menafsirkan ayat di atas: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dan perhatikan amalan soleh yang kamu simpan untuk dirimu pada hari yang dijanjikan dan ketika kamu dihadapkan di hadapan Tuhan kamu” .
Dalam hadits pula, daripada Syidad bin Aus, berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang bijak ialah orang yang menundukkan hawa nafsunya dan beramal untuk hari selepas mati. Orang yang lemah ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan sesuatu di sisi Allah” (Riwayat Ibnu Majah dan berkata: Hadith Hasan). Maksud “menundukkan hawa nafsu” ialah menghitung diri di dunia.
Daripada Umar bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”.
Daripada Maimun bin Mehran: “Seseorang itu tidak bertakwa sehinggalah dia memuhasabah dirinya seperti mana dia memuhasabah rakan kongsinya … dari manakah makanan dan minumannya”.
Ibnul Qaiyim berkata: “Sesiapa yang tidak memuhasabah dirinya di dunia, maka dia berada di dalam kelalaian”.
Al-Hasan berkata: “Sesungguhnya seseorang hamba itu dalam keadaan baik selama mana dia mempunyai penasihat dalam dirinya dan muhasabah menjadi perkara yang penting baginya”.
Umar menulis kepada Abu Musa al-Asyari: “Hitunglah dirimu dalam keadaan selesa ini sebelum waktu hisab yang ketat”.[2]
B.     Kepentingan Bermuhasabah
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah kita mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah kita juga dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua, kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualitas diri mereka dari masa ke semasa.

Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
C.     Kelebihan Muhasabah
Kelebihan dari muhasabah itu adalah :
  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah SWT ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.
Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.
Dalam bermuhasabah itu akan muncul 6 pertanyaan yang perlu kita perhatikan :
1.      Apa kita ini ? Kita adalah manusia
  1. Dari mana kita ini? Dari Allah yang diciptakan jasadnya berasal dari tanah dan ruhnya dari Nur Muhammad.
  2. Di mana kita sekarang? Kita hidup didunia
  3. Mau kemana kita? Kita akan mati, masuk kubur dan kembali ke akhirat.
  4. Ingin apa? Ingin bahagia didunia dan di akhirat
  5. Harus bagaimana supaya bahagia? Kita harus beriman, beramal soleh dan bertaqwa.
urgensi muhasabah (evaluasi diri) dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Karena hidup di dunia merupakan rangkaian dari sebuah planing dan misi besar seorang hamba, yaitu menggapai keridhaan Rab-nya. Dan dalam menjalankan misi tersebut, seseorang tentunya harus memiliki visi (ghayah), perencanaan (ahdaf), strategi (takhtith), pelaksanaan (tatbiq) dan evaluasi (muhasabah). Hal terakhir merupakan pembahasan utama yang dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam hadits ini. Bahkan dengan jelas, Rasulullah mengaitkan evaluasi dengan kesuksesan, sedangkan kegagalan dengan mengikuti hawa nafsu dan banyak angan.
II.            TAKZIAH

A.          Pengertian Takziah
Menurut bahasa, ta’ziyah bersumber dari akar kata (‘azza). Artinya, menghimbau untuk bersabar, atau membantu melapangkan dada orang yang sedang di timpah musibah.
Sedangkan menurut istilah, terdapat beberapa definisi ulama. Semuanya tidak keluar dari makna lugawi di atas. Di antaranya sebagai berikut :
Menurut para ulama :
1.      Syarbini al-Khatib menjelaskan, bahwa ta’ziyah adalah "menasehati orang yang berduka cita untuk tetap sabar. Mengingatkan ganjaran yang dijanjikan bagi orang sabar dan kerugian bagi orang yang tidak sabar. Memohonkan ampunan kepada si mayit, agar tegar menghadapi musibah."
2.      Imam Nawawi berkata, "ta’ziyah adalah menyabarkan, dengan wasilah apa saja yang dapat menyenangkan perasaan keluarga mayit, dan meringankan kesedihannya."
3.      Imam Al-bahuti Al-Hanbali, menyebutkan, "ta’ziyah adalah menghibur dan memberi semangat kepada orang yang ditimpa musibah agar tetap sabar. Mendoakan si mayit bila ia seorang muslim atau muslimah".
4.      Ibnu Qudamah menyatakan, bahwa yang dimaksud dengan ta’ziyah adalah, "menghibur keluarga mayit dan membantu tunaikan hak mereka, serta senantiasa berada di dekat mereka".

Takziah adalah salah satu contoh akhlak yang mulia yang dapat menzahirkan kasih sayang seorang muslim terhadap saudaranya yang lain. Ianya merupakan satu amalan untuk menenangkan perasaan seseorang yang ditimpa musibah kematian dan meringankan kesedihannya iaitu dengan menyebut-nyebut sesuatu yang boleh menghiburkan hatinya.
Ucapan takziah boleh dibuat dengan apa juga lafaz yang memberi maksud takziah. Antara lafaznya.
Artinya: “Semoga Allah memberi ganjaran yang besar, mengelokkan dukacitamu dan mengampunkan mayat (ahli keluarga)mu.”
Takziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)
Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si manyat atau orang yang terkena musibah. Amalan ini amatlah digalakkan oleh Islam.
B.                 Waktu Dan Jangka Masa Takziah
Sunat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan takziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan takziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.
Ucapan takziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Karena dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Makruh mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mayat selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan takziah dan orang yang diucapkan takziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan takziah itu selepas tiga hari.
C.           Lafaz Takziah
Adapun ucapan takziah itu jika ditujukan kepada ahli keluarga yang Islam dan bagi si mati yang Islam, lafaznya adalah seperti berikut :
Artinya: “Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya".
D.          Ucapan  Ketika Berta’ziyah
Berdasarkan pendapat para ulama dalam masalah ini, bisa disimpulkan bahwa mereka tidak menentukan bacaan-bacaan khusus yang harus diucapkan ketika berta’ziyah.
Ibnu Qudamah berpendapat  : “Sepanjang yang kami ketahui, tidak ada ucapan tertentu yang khusus dalam ta’ziyah. Namun diriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melayat seseorang dan mengucapkan.[3]
“ Semoga Allah merahmatimu dan memberimu pahala [Hadits Riwayat Tirmidizi 4/60]
Imam Nawawi berpendapat [10], yang paling baik untuk diucapkan ketika ta’ziyah, yaitu apa yang diucapkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada salah seorang utusan yang datang kepadanya. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada utusan itu : Kembalilah kepadanya dan katakanlah kepadanya.
Sesungguhnya adalah milik Allah apa yang Dia ambil, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada disisiNya ada jangka waktu tertentu (ada ajalnya). Maka hendaklah engkau bersabardan mengaharap pahala dari Allah” [Hadits Riwayat Muslim 3/39]
E.     Hikmah ta’ziyah
Tentu saja ta’ziyah memiliki hikmah yang dalam, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Bahkan hikmah yang terkandung di dalamnya amat banyak, baik yang nampak atau pun yang tersirat. Karena itu, sebagian ulama menjabarkan hikmah yang dikandung dalam ta’ziyah.
Diantaranya penjelasan Al-Shawi Al-Maliki, yang dinukil dari Ibnu Qasim, bahwa sesungguhnya ta’ziyah memiliki tiga hikmah besar:
1)            memberikan kemudahan dan jalan keluar kepada keluarga mayit. Menghibur mereka agar tetap teguh hati untuk bersabar. Mengingatkan pahala sabar. Dan ridha atas ketentuan Allah dengan menyerahkan segala urusan kepada-Nya semata.
2)            berdoa, agar Allah Swt. mengganti musibah tersebut dengan ganjaran pahala yang sangat besar.
3)            mendoakan dan memohonkan ampun pada si mayit, agar Allah senantiasa mengasihinya.

Selain tiga hikmah di atas, Ibnu Qasim menambahkan lagi hikmah lain sebagai berikut : Momentum bagi keluarga mayit untuk senantiasa berbuat baik dan mengigat Allah Swt. Kematian akan datang kapan saja dan di mana saja. Sesungguhnya kematian itu amatlah dekat dengan manusia. Maka, tentu ia akan mempersiapkan diri setiap saat menyongsong kematian. Agar dapat bertemu dengan Allah Swt. dalam kondisi ridha dan juga diridhai. Dapat mencegah keluarga mayit dari perilaku maksiat yang dimurkai Allah Swt. setelah wafatnya[4].


Tidak ada komentar:

Posting Komentar